Sunday, January 8, 2017

Tempat Menarik Di Singapura : Woodland

Tempat Menarik Di Singapura : Woodland

Ok next cerita adalah tentang beberapa attraction yang ada di Woodland. Attraction kali ini, lebih kepada family attraction.


Singapore Zoo. Kalau bawak anak anak, tempat nie la yang paling best dan wajib kita nak pergi  kan. Actually Zoo Singapore nie antara yang terbaik di Asia. Nak tengok haiwan apa je, semua ada disini. Time cuti sekolah, memang nie la tempat tumpuan bukan saja orang tempatan, malah pelancong pun ramai sangat. Dari Malaysia, India, Indonesia, China dll. So kalau nak kesini, dan tak suka sangat pada kesesakan, kena la pilih masa yang sesuai. Elakan dari berkunjung pada hujung minggu, Singapore public holiday, world public holiday, cuti sekolah, hujung tahun dan yang sewaktu dengannya. Tapi, kalau suka pada kesesakan dan happening, boleh je datang time tu



Best sangat ke Singapore Zoo sampai dapat anugerah Zoo Hutan Hujan Terbaik Dunia? Apa je aktiviti yang boleh kita buat bila masak zoo nie? Emm best betul la soalan tu kan. Ok sedikit briefing tentang Singapore Zoo nie. Selain dapat memberi haiwan makan secara life, macam zirafah dan gajah tu, berikut adalah beberapa aktiviti yang boleh kita lakukan kat sini;
- Memberi haiwan makanan - Zirafah, gajah
- Bergambar bersama haiwan yang hampir pupus - orang hutan

- Sarapan pagi bersama hidupan liar - monyet, harimau
- Bertemu dengan haiwan yang jarang ditemui - beruang 
- Membelibelah barangan cenderahati. 
- Persembahan binatang



Singapore Zoo nie telah dibuka pada tahun 1973 lagi. Masa tu, saya pun belum lahir lagi. Masa mula mula bukak dulu, cuma ada beberapa spesis binatang je. Sekarang nie dah ada lebih kurang 300 spesis binatang. Dan jumlah binatang yang ada dalam zoo nie lebih kurang 2800 ekor. Keluasan Singapore Zoo nie adalah 26 hektar dan kalau bawak ibubapa yang dah tak larat nak jalan atau bawak anak anak kecil, saya suggest baik amik tram je. Jimat masa, tak melekit sangat ketiaknya nanti. 

Ok, sebenarnya di kawasan yang sama dengan Singapore Zoo nie terdapat dua lagi attraction. Iaitu, Night Safari dan River Safari. 

Kalau niat nak tengok haiwan, seharian boleh dihabiskan disini. Dari pagi, sampai malam. Mana taknya, pagi pagi lepas Singapore Zoo bukak, terus je masuk, then habiskan masa lebih kurang 4 jam di dalam. Terus ke River Safari, pun lebih kurang 3 jam macam tu, malam start jam 6 petang macam tu, masuk Night Safari, sampai jam 11 malam. Penyudahnya, memang seharian la di kawasan tu je. 


Singapore River Safari merupakan satu satunya safari di Asia yang bekonsepkan sungai. Walaupun keluasan kawasannya cuma 12 hektar, tapi tumbuhan dalam nie mencecah 400 jenis dengan sebahagiannya merupakan tumbuhan yang terancam dan menghadapi kepupusan


Apa yang menarik disini adalah terdapatnya memerang terbesar didunia, Chinese slamander terbesar, ikan keli Mekong yang memang terkenal dengan saiznya yang XXXL, ikan pari air tawar, arapaima dan aligator gar (ikan yang mempunyai muncung macam buaya).


Semasa menysusuri sungai, kita boleh saksikan sendiri haiwan yang saya sebutkan tadi. Menarik tak? Kalau bawak anak anak, mesti nak kena round dua tiga kali dibuatnya. Mau pokai mak ayah.


Singapore Night Safari pula telah dibuka secara rasmi pada tahun 1994. Keluasan kawasan ini adalah lebih kurang 35 hektar. Didiami oleh 2500 ekor haiwan dengan 130 spesis dan yang sedihnya sebahagian besar spesis yang terdapat disini adalah spesis yang terancam (38%)



Tram juga disediakan kepada pengunjung yang tak berapa larat nak jalan. Jauh tu. Bayaran untuk tram pun tak le mahal. Dalam SGD5 je seorang. Satu kali pusing lebih kurang 40 minit macam tu. Jalan kaki? Dalam dua jam la jugak. 
  

Menariknya disini, setiap malam ada persembahan yang berkonsepkan kehutanan. Makan api la, dan lain lain lagi. 

Selain itu, ada juga restoran ala ala kampung yang menyajikan pelbagai makanan yang memang menyelerakan.     

Panjang lagi nak cerita pasal Singapore Zoo, Night Safari dan River Safari ni. Tapi stop sini dulu la. Next entry nanti saya sambung lagi. Cerita apa yang ada didalam Singapore Zoo, entrance ticket, aktiviti dan lain lain. Boleh?

No comments:

Post a Comment