Sunday, January 8, 2017

Tempat Menarik Di Singapura : Woodland

Tempat Menarik Di Singapura : Woodland

Dalam posting yang lepas saya ada membebel tentang passport, visa, white card dan sebagainya. Pada posting kali ini, saya nak terangkan sedikit sebanyak attraction point yang ada di Singapore. Kita start dari Woodland, Tuas sehinggalah ke Marina. 

Ni apa yang saya perhatikan la ya. Boleh dikatakan yang setiap daerah di Singapore ni mempunyai attraction yang tersendiri. Baik yang sesuai untuk kanak kanak, orang dewasa hinggalah yang targetnya adalah warga tua atau warga emas. 

 Dulu masa zaman saya kecil kecil family saya selalu datang ke Singapore. Perkara utama yang mereka akan buat adalah shopping!!! Kaya tu family saya, shopping di Singapore. Actually tak kaya pun. Tapi sebab masa tu tukaran matawang SGD dan MYR sama. 1SGD = 1MYR. Nak tahu kadar tukaran yang terkini, boleh refer web ni. http://www.xe.com/currencyconverter/ Tapi tu dah lama berlalu la.. rasanya perkara tu berlaku pada tahun 1980an. 

Shopping apa je ek masa tu..?? Time tu, orang Malaysia kalau ke Singapore, mereka akan beli dua benda nie. Pertama, lychee dan yang kedua adalah tuala. Tentu kalau ada makcik pakcik yang baca entry nie, dia orang gelak sorang sorang. Tapi memang tu pun realitynya.  Mereka memang tak akan melepaskan peluang untuk membeli dua benda nie. 

Bila cakap pasal shopping kat Singapore, makcik ngan pakcik sure senyum kambing tu. Confirm teringat kat cashier yang keja di kedai tuala dan lychee tu.. huhu

Apa yang saya dapat info, harga dua barang nie lebih murah jika dibandingkan dengan benda yang sama di Malaysia. Sekarang?? Confirm lagi mahal la.. Bukan sebab apa, tukaran matawang la.. 



Woodland Point adalah salah satu pasaraya yang masih ada sampai sekarang. Walaupun fungsi dan kemeriahannya dah tak sama macam dulu, tapi kedai yang menjual tuala, tu still ada lagi sampai sekarang. HAH??? Iye.. memang ada lagi.. 

Tempat mengenang nostalgia bagi mereka yang sekarang sudah bergelar atuk dan nenek. Ramai pelanggan yang saya pernah bawak untuk Singapore Tour, especially yang bawak mak dan ayah mereka, confirm akan singgah sini walaupun setengah jam. Just nak rasa feel dia je tu.. hehe. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat beli lychee dan tuala... huhu.

Kat Woodland Center Point Food Court nie, kalau nak makan pun banyak gerai yang menjual pelbagai hidangan yang halal. Nak roti canai pun ada, nak ladna mee pun ada, nak makanan cina pun banyak. So, kalau tak was was, pilih dan makan la mana mana yang menjadi idaman tekak


Ok, selepas ke Woodland Center Point, di sini juga terdapat stesen kereta api yang masuk melalui Tambak Johor atau lebih dikenali sebagai Woodland Train Checkpoint. Kalau datang dari JB atau balik dari Singapore menggunakan keretapi, kesesakan memang boleh diatasi. Cumanya, kekerapan antara satu kereta api dengan kereta api yang lain memang membuatkan kita terlelap menunggu ketibaan keteta api. Kita sendiri pun tau betapa lajunya KTM memacu kereta api mereka kan.. hehe.. 

Bagi yang nak solat, boleh la singgah sebentar di Mesjid An Nur. Mesjid ini adalah yang paling hampir dengan causeway. Dan terletak berhampiran dengan Woodland Point. Jalan kaki lebih kurang dalam 2 minit macam tu. Ada lagi beberapa mesjid yang terletak di kawasan Woodland nie, antaranya adalah Mesjid Yusof Ishak dan Mesjid Assyafah. So kalau ada kelapangan, boleh la menunaikan solat di sini. 



Mesjid An Nur nie kira meriah la jugak. Setiap hari ada je aktiviti. Kuliah subuh, zohor dan maghrib memang ikut schedule la.. Tak rugi kalau pegi. Sikap orang dikawasan sini yang suka menderma pun salah satu yang menarik hati saya. Kalau malam jumaat tu memang ada je orang yang derma atau sedekah makanan. Dengan roti roti canainya, nasi brianinya, bubur kacangnya.. kalau langkah kanan, bukan malam jumaat pun ada je insan yang berjiwa besar menderma makanan. Jangan malu untuk ambil satu, itu kan rezeki. Memang untuk dimakan. Mana tau, sebab kita tak ambil satu tu, menyebabkan juadah hari tu tak habis dan basi.. emm kan dah menyesal... 


Ok, tak jauh dari Mesjid An Nur ada satu taman. Woodland Town Garden kalau rajin, boleh la jogging kat sini.. Ada tasik, ada track cycle. Bawak anak jalan jalan kat sini pun ok. Asik pegi pasaraya je kan.. boring jugak kan.. nanti bila dah besar, anaknya kaki shopping, marah la pulak.. walhal, dari kecik dah didik pegi pasaraya.. kannnn


Tak menarik ehh.. Hehe.. ok, saja je bagi tempat tempat yang rare dulu. Then baru kita terjah tempat yang lain pulak kan.  Saja je bagi tempat tempat nie dulu. Next entry, saya bagi lagi tempat lain yang lagi best.

No comments:

Post a Comment