Sunday, January 15, 2017

Pakej Percutian 2 Hari 1 Malam ke Singapore - Menginap Di JB

Pakej Percutian 2 Hari 1 Malam ke Singapore - Stay Di JB
Agak agak kalau ada masa cuti dua hari, sempat ke kalau nak ke Singapore? Actually memang sempat sangat. Satu hari pun sempat, apatah lagi dua hari. Actually kalau lagi singkat kita pergi bercuti, lagi rush kita dibuatnya. Bukan setakat rush, penat pun tak hilang lagi, dah nak balik, belum puas jalan sini, jalan sana, dah kena packing baju untuk balik..

Ada dua option kalau kita berpeluang bercuti selama 2H1M di Singapore. Saya cadangkan anda ambil pakej yang FOC untuk hari pertama dan second day, anda boleh pilih beberapa tempat yang berbayar pulak.

Disini saya sertakan contoh itinerary atau pakej yang selalu menjadi pilihan hati pelancong singkat, terutama sekali yang sibuk dengan kerja.

Hari Pertama - Singapore Tour
Seawal jam 7 pagi kami akan menjemput anda di Homestay atau hotel penginapan anda dan terus ke dibawa ke Pondok Santapan / Selera Johor untuk menikmati sarapan pagi makanan tempatan seperti Laksa Johor, lempeng, soto, lontong, mee hoon, mee goreng, kuih muih dan pelbagai lagi hidangan yang pastinya membuka selera pagi anda. Setelah itu, kita akan terus ke Singapore melalui Tambak Johor atau 2nd Link (bergantung kepada kesesakan lalu lintas pagi itu). Setelah sampai di Singapore, kami akan bawa anda bersiar siar di Kota Singa - Arab Street, Mesjid Sultan, Malay Heritage, makan tengahari di Rest Zam Zam / Hjh Maimunah seterusnya membeli belah di Orchard Road / Bugis Street. Sebelum pulang ke JB, kami akan bawa anda mengambil gambar di Universal Studio Singapore / Garden By The Bay dan Merlion Park. Bertolak balik ke JB.

Hari kedua - JB Tour 
Kami faham, anda tentu penat sebab banyak berjalan pada hari pertama. Bagi yang naik flight, kami suggest anda ambil flight petang atau malam untuk pulang. Sebabnya? Sebab banyak lagi tempat yang saya nak bawa anda. Hehehe. Ok, jadual hari kedua adalah; kami akan bawa anda bersiar siar bandar Johor Baharu - Dataran Sultan Iskandar, Puteri Harbour, Hello Kitty, Legoland, Danga Bay dan Gerbang Mahkota. Setelah itu kami akan bawa anda ke Kilang Bateri, Tampoi yang menyediakan pelbagai cenderahati dan ole ole dari Johor. 

Bazar Karat, JB

Dataran Mahkota, JB

Puteri Harbour, JB

Garden By The Bay, Singapore

Merlion Park, Singapore

Marina Bay Sand, Singapore

No comments:

Post a Comment