Wednesday, January 17, 2018

Promosi Pakej Percutian ke Singapore Musim Cuti Sekolah 2019

Kami memang sentiasa mengadakan promosi secara berkala terutama sekali pada cuti sekolah. Sekurang kurangnya anda family anda boleh merancang perjalanan percutian anda lebih awal. Kalau dah planning awal, so ada la masa simpan duit untuk beli itu ini masa jalan jalan nanti. 

Cuti sekolah Kedua adalah dari Mac 23, 2019 hingga Mac 31, 2019

Pakej 4 : Pakej Percutian Sehari Ke Singapore - Singapore Zoo



Pakej ni sangat sesuai kalau anak anak kita age antara 3 hingga 11 tahun. Masa age ni, diaorang sangat suka untuk mengetahui lebih lanjut spesis yang lain daripada manusia. Maklum je la kan, haiwan haiwan macam gajah, zirafa, dubuk dan seangkatan dengannya bukan boleh tengok suka suka. Kecuali tinggal berhampiran dengan hutan belantara.

Untuk pakej ini, kita akan bertolak daripada Johor Baharu kira kira jam 7 pagi. Kenapa nak kena gerak awal pagi? Satu sebab nak elakkan jalan jem di Tambak Johor atau 2nd Link, keduanya, kalau sampai sana tengahari, panas terik, confirm keti melekit lekit. Haha. So kalau dari JB dalam jam 7 macam tu, kita akan sampai sana lebih kurang jam 9am macam tu. Kalau belum bfast, kami akan bawa anda bfast di Pondok Santapan. Warung yang menghidangkan makanan orang Johor. Contohnya Lontong Kuah, Lontong Kering, Laksa Johor, Nasi Ambeng dan sebagainya.

Bila sampai Singapore je, kita akan terus ke Singapore Zoo. Lebih kurang 10 minit perjalanan dari Woodlands ke sini. Actually, Singapore Zoo nie luas, so kalau nak jalan kaki memang penat la. So kita naik tram, pusing satu Singapore Zoo. Kalau naik tram akan ambil masa kurang sejam. Kalau jalan kaki, biasanya dalam 3 jam macam tu. Berani ke nak jalan kaki? Kalau yang muda muda tu ok je. Kalau yang pakcik pakcik atau ibu ibu yang dukung anak, memang saya tak galakan la.

Lepas settle Singapore Zoo, kita akan terus ke So kita jalan jalan dan ambil gambar dulu di Merlion Park. Berlatarbelakangkan Marina Bay Sand, Floating Arena, Felix Bridge, Explanade Singapore dan Eye Of Singapore. Lepas tu, kita jalan ke Garden By The Bay dan Arab Street. Ok, bagi yang muslim, boleh la solat di Masjid Sultan sambil jalan jalan di kawasan Arab Street. Anara tempat yang anda boleh lawati adalah Malay Heritage disamping menikmati keindahan bangunan silam dan membeli belah barangan cenderahati di sekitar Arab Street. Dan balik ke JB lebih kurang jam 7pm

Harga Seorang
Dewasa RM315
Kanak kanak RM215

Harga termasuk
Pengangkutan sepanjang lawatan, driver, autopass, ERP, toll
Tiket masuk ke Singapore Zoo (dengan tram), Tiket masuk ke Night Safari

Harga tidak termasuk
Makan, tempat tinggal, perbelajaan peribadi

Minimum to go
6 orang**

Add On (Option)
Penginapan di homestay RM280 per homestay
(Max 10 pax dalam satu homestay, tanpa sarapan pagi, Sesuai untuk keluarga 3 hingga 10 orang ..nak duduk berdua pun ok.. )

Penginapan di hotel RM130 per bilik
(Twin share, tanpa sarapan pagi, sesuai untuk 1 hingga 2 orang satu bilik, kalau ramai ramai pun nak duduk hotel pun boleh.. tak ada masalah..)

* Bagi yang memilih hari Jumaat untuk bercuti, Pondok Santapan tidak di buka pada hari tersebut dan kami akan bawa anda ke tempat makan lain yang bersesuaian..

** Harga yang tertera adalah sesuai untuk 6 orang, sekiranya kumpulan anda kurang atau lebih dari 6 orang, anda boleh mendapatkan harga yang lain dari kami, yang lebih sesuai dengan group anda..

Kalau teringin ke lain lain tempat, boleh try tengok pakej yang lain jugak. Pakej1,Pakej 2Pakej 3