Friday, April 28, 2017

Merancang Percutian Ke Singapore Bersama Accurate Travel

Kak Mastura dan family yang sporting

Syarikat airline besar seperti Airasia, Tigerair, Lionair malah syarikat tempahan bilik seperti booking.com, Trivago dan sebagainya, akan mengenakan caj yang berlebihan dan kadang kadang tak masuk akal hanya kerana tempahan yang kita lakukan pada saat saat akhir. Mungkin kita dah biasa dengan Airasia, syarikat tambang murah Malaysia base, yang biasanya mengenakan harga yang lebih tinggi kalau penerbangan yang kita perlukan adalah pada hari yang sama dengan hari tempahan. Kan? 

Actually, antara sebabnya adalah tempahan pada saat akhir ini biasanya atas alasan urgent dan important. So mereka akan mengambil kesempatan dengan keadaan itu. Yang menariknya, mereka sanggup membiarkan seat tersebut kosong daripada dibeli pada harga yang murah. Memang tak adil kepada mereka yang membeli beberapa bulan yang lepas jika Airasia memberikan harga yang sama dengan last minute booking.

Hari ini, kami terpaksa menolak banyak permintaan daripada pelanggan yang ingin melawat Singapore. Kerana schedule kami untuk beberapa hari ini memang terlalu padat. Kebanyakan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan kami, telah menempah 2 hingga 3 bulan yang lepas, dah seharusnya kami perlu memberikan keutamaan servis kepada mereka terlebih dahulu, walaupun ada pelanggan yang baru saja menelefon dan sanggup membayar pada harga yang tinggi. Dan, itu bukan prinsip perniagaan kami, mengaut keuntungan pada peak season, seperti yang dilakukan oleh kebanyakan pemain industri, terutamanya mereka yang tidak berlesen dan orang perseorangan. 

Moralnya, adalah lebih baik, sekiranya kita ingin bercuti, dan mungkin tempat percutian itu adalah tempat percutian pertama kali yang kita lawati, rancanglah lebih awal apa yang kita ingin buat semasa tempoh percutian tersebut. Bukan apa, perkara yang kita tak rancang biasanya mempunyai kos, dan kos tersebut mungkin akan mengakibatkan budget percutian anda menjadi kacau bilau. 

Boleh je kalau nak minta bantuan daripada travel agent yang anda kenali, atau anda buat buat tanya tentang pakej (seperti yang kebanyakan orang kurang beretika lakukan), atau bertanya kepada kawan kawan atau boleh juga search di internet. 

Kalau anda teringin membawa keluarga anda, sahabat anda, ibubapa, rakan pejabat atau rombongan ditaman perumahan anda ke Singapore, kami sedia membantu anda merealisasikan impian anda. Kami buat terbaik untuk anda. Hubungi kami sekiranya anda memerlukan bantuan berkaitan dengan percutian idaman anda. >>>kilik<<<

Wednesday, April 12, 2017

Tempat Percutian Murah Dan Menarik Di Singapore : Jurong

Nama Jurong diambil dari sebuah sungai yang terdapat di situ, iaitu Sungai Jurong. Air Sungai Jurong mengalir dan membekalkan air ke Tasik Jurong. Daerah Jurong ini boleh dikatakan sebahagian besarnya merupakan kawasan perindustrian yang berkembang dan boleh dikatakan berada dalam tempoh matang. Kebiasaannya, kawasang 'matang' menggambarkan kemudahan, access ke tempat tersebut, jumlah penduduk serta kepesatan kawasan tersebut. So kalau rumah dikawasan Jurong nie, boleh dikatakan agak mahal jika dibandingkan dengan kawasan kawasan lain.

Kawasan Jurong terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Jurong East, Jurong West, Boon Lay dan Pioneer. (Sori kena belajar georafi sikit hari ni - boring tapi perlu huhu)

Ok, jangan banyak sangat pasal muka bumi, nanti boring. Actually yang penting adalah apa yang menarik sangat di Jurong nie?
 
Jurong Bird Park, Singapore
1. Jurong Bird Park
Jurong Bird Park merupakan taman burung yang terbesar di Asia Pacific. Terdapat lebih kurang 7000 ekor burung dari lebih kurang 600 spesis burung serata dunia. Semuanya di himpunkan disini. Didalam Jurong Bird Park ini, anda berpeluang menjelajah pelbagai bentuk muka bumi dengan setiap muka bumi mempunyai spesis burung yang tersendiri. 

Ianya dibuka seawal jam 830 pagi hingga 6 petang. Tiket bagi kanak kanak adalah SGD16 manakala dewasa SGD25. Bagi yang membawa ibu atau ayah yang sudah berumur lebih 60 tahun, mereka layak mendapat harga yang special iaitu cuma SGD10. Untuk mengetahui harga terkini, anda boleh lawati, website rasmi Jurong Bird Park.
Jurong Hill, Singapore

2.  Jurong Hill / Bukit Jurong / Bukit Perepok
Lokasi Jurong Hill adalah berdekatan dengan Jurong Bird Park. Iaitu lebih kurang 2 minit kalau berjalan kaki. Kalau tak larat boleh je naik kereta. Tapi terpaksa mengambil masa yang lebih. Dari atas Jurong Hill, kita boleh menyaksikan panorama Bandar Jurong / Jurong Town. Selain itu, bagi yang meminati tumbuh tumbuhan, sangat digalakan untuk berkunjung kesini, untuk mengenali dengan lebih dekat lagi mengenai tumbuh tumbuhan. 

Anda nak alamatnya ke? Zaman sekarang tak perlukan alamat lagi dah kan. Cukup sekadar tahu nama tempat pun dah cukup bagus. Taip je dalam apps. Confirm sampai ke tempat yang dituju. Tiada bayaran masuk yang dikenakan kalau anda ke sini.
Discovery Centre, Singapore

3. Singapore Discovery Center
Bagi yang mempunyai anak anak kecil, tempat ini adalah salah satu tempat yang wajib dikunjungki sekiranya anda ke Singapore. Selain berjalan jalan, anda boleh mengembangkan minat anak anak anda mengenai ilmu sains. So, jalan pun dapat, ilmu pun dapat. 

Di Singapore Discovery Center ini, waktu operasi adalah dari 9 pagi hingga 6 petang. Kalau Singaporean, masuk adalah percuma. Kalau tourist, untuk masuk ke ruang pameran + SAFTI bus tour + tengok movie sekali = Dewasa SGD10, Remaja SGD7.5, Kanak Kanak SGD6 dan warga emas SGD9. 

Actually bukan sekadar melihat lihat di ruang pameran, ada juga aktiviti lain seperti menonton 3D filem serat menonton tayangan perdana yang sudah tentunya dikenakan bayaran berbeza setiap satu. Dengan admission ticket yang dikenakan ia menjadikan Singapore Discovery Center tempat percutian murah dan menarik di Singapore terutama sekali di kawasan Jurong. 
Chinese Garden, Singapore

4. Chinese dan Japanese Garden
Tak sangka kan yang di Singapore pun ada Japanese Garden. Nampak je negaranya kecil, tapi semua lengkap. Memang betul pun kan. Keluasan Singapore cuma 647km2 (647 kilo meter persegi), kalau nak bandingkan dengan Malaysia. Ok tak nak dengan Malaysia la, dengan Negeri Johor iaitu 19,210 km2 (19,210 kilometer persegi) memang tak boleh nak bandingkan la kemajuan dan kemudahan yang terdapat di Singapore. Bukan nak memuji negara orang, tapi itu adalah faktanya. 

Apa yang menarik di Chinese dan Japanese Garden nie ya? Ok, sebenarnya ia adalah sebuah taman rekareasi untuk menenangkan minda. Boleh joging, boleh yoga, boleh fast walk, mendalami senibina China dan Japan, melihat burung liar dan sebagainya. Pemandangan disini memang menarik la, setelah beberapa kali dibaikpulih dan upgrade oleh pemerintah Singapore. 

Masuk adalah percuma. Parking kena bayar. Haah, lupa nak bagi tau, kalau di Singapore, jangan sekali kali tinggalkan kereta tanpa kupon parking, sebab ramai penguatkuasa yang memang sentiasa membuat rondaan. Tak ada parking kupon, dan kena saman, SGD70 tu.. 
IMAX Dome, Singapore

5. Science Centre, IMAX Dome dan Snow City
Singapore Science Centre, IMAX Dome dan Snow City merupakan sebuah kawasan intergrated. Maksudnya, ketiga tiga tempat ini berada dikawasan yang sama. Satu bangunan. Biasanya kalau ke sini, kita akan habiskan kira kira 5 hingga 6 jam. So, kalau plan nak kesini, kita cuma boleh melawat kira kira 2 tempat je tau. 

Apa yang menarik di sini? Terdapat lebih daripada 14 galery pameran berkenaan sains, teknologi serta matematik yang terdapat disini. Selain itu terdapat teater yang boleh menempatkan lebih kurang 300 penonton dalam satu satu masa. 

Di Snow City yang sudah tentu bakal membuatkan anda dan keluarga membeku didalamnya kerana suhu yang terdapat disini adalah -5'C. (Sori, nak cari simbol suhu tak jumpa). Bermain salji, meluncur bersama kawan kawan, merasai kesejukan ais antara aktiviti yang boleh anda lakukan disini. Pastinya menyeronokan. 

Waktu operasi adalah dari jam 10 pagi hingga 6 petang, dibuka setiap hari. Kadar admission ticket adalah berbeza beza mengikut apa yang anda inginkan. Ticket serendah SGD12 bagi dewasa dan SGD8 bagi kanak kanak manakala wargaemas SGD12. Untuk harga tiket terkini, boleh lawati website mereka juga.. 

Sekiranya anda inginkan pakej percutian anda teratur, terjaga waktu solat, waktu makan, tiket dan pengangkutan, malah penginapan sama ada di JB atau Singapore, kami dengan berbesar hati sedia membantu anda memenuhi percutian impian anda dan keluarga. 

Hubungi kami, sekiranya terdapat apa apa pertanyaan.

Tuesday, April 11, 2017

5 Budget Hotel Terbaik Di Singapore


Melancong memang menjadi kegilaan bagi sesetengah orang. Pelbagai alasan mereka melancong. Release tension, saja suka suka, minat dan sebagainya. Ada orang suka balik hari, ada pulak yang suka overnight berhari hari lamanya. Lagi lama lagi best katanya

Bagi yang suka overnight berhari hari tu, penginapan mesti menjadi keutamaan bila melancong kan. Kalau budgetnya banyak dan besar, boleh je stay hotel yang mewah dengan segala kelengkapan. Bagi yang budgetnya tak berapa nak besar dan banyak tak salah pun pilih hotel yang murah ataupun hotel budget. Actually, bagi kebanyakan pelancong, penginapan is just accommodation. Malam untuk tidur dan rehat. Siangnya dah pergi merayap. Kan?

Disini saya kongsikan hotel budget yang ada di Singapore, yang saya sendiri pernah stay dan pada saya ianya memang cukup berbaloi. Compare apple to apple ok. Jangan compare apple dengan durian. Maksud saya, jangan compare budget hotel dengan botel 5 bintang dan lain lain.

Fragrance Hotel, Singapore
No. 3, Lorong 10 Geylang, 399037 Singapore, Singapore

Dengan harga serendah SGD95 semalam, membuatkan hotel ini antara hotel budget yang menjadi pilihan ramai pelancong. Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan asas seperti tv didalam kamar, bilik mandi, pengering rambut, perkhidmatan mengejutkan kita pada waktu pagi dan rangkaian tv cable.

Tak perlu risau tentang makanan, kerana disekitar hotel terdapat banyak restoran yang beroperasi 24 jam.

Hotel 81 Palace, Singapore
No. 25, Geylang Lorong 16, 398867 Singapore, Singapore

Rangkaian hotel 81 memang terdapat banyak di Singapore. Dikawasan Geylang saja, terdapat lebih daripada 3 cawangan. Anda boleh pilih mana yang yang anda rasakan sesuai. Terutama sekali dengan budget anda. Keselesaan juga menjadi keutamaan semasa menginap.

Antara kemudahan yang terdapat di hotel ini adalah, Wifi percuma, lif, TV, bilik mandi dan toilet didalam bilik, parking dan lain lain.

Bab makanan pun tak perlu risau. Banyak makanan halal yang di jual disekitar hotel. Ada yang 24jam, ada yang sampai larut malam.
 
Asphodel Inn, Singapore
380 Race Course Road, Lavender, 218702 Singapore, Singapore

Hotel ini terletak berdekatan dengan Seranggon dan Mustafa Center Singapore. Kalau jalan kaki lebih kurang 10 hingga 15 minit macam tu la. Saya masukan sebagai antara 5 Budget Hotel Terbaik Di Singapore kerana bukan saja harga yang ditawarkan, tetapi kerana lokasinya yang berdekatan dengan tempat tempat tumpuan pelancong.

Dengan harga serendah SGD90 satu malam, berserta kemudahan seperti Free Wifi, Parking dan lif yang beroperasi 24jam menjadikan ia sebuah hotel budget terbaik yang terdapat di Singapore.


Aliwal Hotel, Singapore

77/79 Aliwal Street, Bugis, Kampong Glam, 199948 Singapore, Singapore

Hotel budget ini antara yang terkenal dikalangan pelancong terutama sekali pelancong Melayu Muslim dari Malaysia. Sebabnya, ia terletak sangat berdekatan dengan Arab Street, Kg Glam, Malay Heritage dan deretan restoran halal yang mementingkan tekak dan selera Melayu.

Walaupun kemudahan yang disediakan hanyalah kemudahan asas biasa seperti Wifi percuma, Parking, Lif dan kawasan merokok bagi yang kuat merokok, tetapi dengan harga serendah SGD100 untuk satu malam, ia menjadikan hotel ini antara 5 Budget Hotel Terbaik Di Singapore
 
Santa Grand Hotel Bugis, Singapore
8 Jalan Kubor, Kampong Glam, 199207 Singapore, Singapore

Hotel ini banyak di pilih oleh pasangan yang baru berkahwin, bukan kerana mereka ingin berbulan madu di hotel ini. Hehehe. Bukan. Tetapi mereka suka untuk stay dihotel ini sebab access yang banyak contohnya ke Bugis Street, Kg Glam dan Little India. Yang mana kita tahu, tempat tempat ini adalah tempat yang memang hirukpikuk dengan jumlah pelancong yang ramai.

Malam disini umpama siang hari. Jalan raya sentiasa penuh dengan kenderaan dan orang yang mundar mandir. Alamak.. memang best dan happening. Kebanyakan attraction point yang ada disini hanya walking distance.

Harga yang ditawarkan adalah serendah SGD120 untuk satu malam dengan kemudahan seperti Wifi percuma disediakan kepada pelanggan. 

Bagi anda yang tidak mempunyai masa untuk membuat booking, kami sedia membantu anda untuk melakukannya. Anda boleh hubungi kami dengan menyatak butiran terperinci mengenai tarikh, jumlah malam untuk menginap, jumlah pax dan sebagainya kepada kami. >>>