Melancong
memang menjadi kegilaan bagi sesetengah orang. Pelbagai alasan mereka
melancong. Release tension, saja suka suka, minat dan sebagainya. Ada orang
suka balik hari, ada pulak yang suka overnight berhari hari lamanya. Lagi lama
lagi best katanya
Bagi yang
suka overnight berhari hari tu, penginapan mesti menjadi keutamaan bila
melancong kan. Kalau budgetnya banyak dan besar, boleh je stay hotel yang mewah
dengan segala kelengkapan. Bagi yang budgetnya tak berapa nak besar dan banyak
tak salah pun pilih hotel yang murah ataupun hotel budget. Actually, bagi
kebanyakan pelancong, penginapan is just accommodation. Malam untuk tidur dan
rehat. Siangnya dah pergi merayap. Kan?
Disini saya
kongsikan hotel budget yang ada di Singapore, yang saya sendiri pernah stay dan
pada saya ianya memang cukup berbaloi. Compare apple to apple ok. Jangan
compare apple dengan durian. Maksud saya, jangan compare budget hotel dengan
botel 5 bintang dan lain lain.
Fragrance Hotel, Singapore |
No. 3,
Lorong 10 Geylang, 399037 Singapore, Singapore
Dengan harga
serendah SGD95 semalam, membuatkan hotel ini antara hotel budget yang menjadi
pilihan ramai pelancong. Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan asas seperti
tv didalam kamar, bilik mandi, pengering rambut, perkhidmatan mengejutkan kita
pada waktu pagi dan rangkaian tv cable.
Tak perlu
risau tentang makanan, kerana disekitar hotel terdapat banyak restoran yang
beroperasi 24 jam.
Hotel 81 Palace, Singapore |
No. 25,
Geylang Lorong 16, 398867 Singapore, Singapore
Rangkaian
hotel 81 memang terdapat banyak di Singapore. Dikawasan Geylang saja, terdapat
lebih daripada 3 cawangan. Anda boleh pilih mana yang yang anda rasakan sesuai.
Terutama sekali dengan budget anda. Keselesaan juga menjadi keutamaan semasa
menginap.
Antara
kemudahan yang terdapat di hotel ini adalah, Wifi percuma, lif, TV, bilik mandi
dan toilet didalam bilik, parking dan lain lain.
Bab makanan
pun tak perlu risau. Banyak makanan halal yang di jual disekitar hotel. Ada
yang 24jam, ada yang sampai larut malam.
380 Race
Course Road, Lavender, 218702 Singapore, Singapore
Hotel ini
terletak berdekatan dengan Seranggon dan Mustafa Center Singapore. Kalau jalan
kaki lebih kurang 10 hingga 15 minit macam tu la. Saya masukan sebagai antara 5
Budget Hotel Terbaik Di Singapore kerana bukan saja harga yang ditawarkan,
tetapi kerana lokasinya yang berdekatan dengan tempat tempat tumpuan pelancong.
Dengan harga
serendah SGD90 satu malam, berserta kemudahan seperti Free Wifi, Parking dan
lif yang beroperasi 24jam menjadikan ia sebuah hotel budget terbaik yang
terdapat di Singapore.
Aliwal Hotel, Singapore |
77/79 Aliwal
Street, Bugis, Kampong Glam, 199948 Singapore, Singapore
Hotel budget
ini antara yang terkenal dikalangan pelancong terutama sekali pelancong Melayu
Muslim dari Malaysia. Sebabnya, ia terletak sangat berdekatan dengan Arab
Street, Kg Glam, Malay Heritage dan deretan restoran halal yang mementingkan
tekak dan selera Melayu.
Walaupun
kemudahan yang disediakan hanyalah kemudahan asas biasa seperti Wifi percuma,
Parking, Lif dan kawasan merokok bagi yang kuat merokok, tetapi dengan harga
serendah SGD100 untuk satu malam, ia menjadikan hotel ini antara 5 Budget Hotel
Terbaik Di Singapore
8 Jalan
Kubor, Kampong Glam, 199207 Singapore, Singapore
Hotel ini
banyak di pilih oleh pasangan yang baru berkahwin, bukan kerana mereka ingin
berbulan madu di hotel ini. Hehehe. Bukan. Tetapi mereka suka untuk stay
dihotel ini sebab access yang banyak contohnya ke Bugis Street, Kg Glam dan
Little India. Yang mana kita tahu, tempat tempat ini adalah tempat yang memang
hirukpikuk dengan jumlah pelancong yang ramai.
Malam disini
umpama siang hari. Jalan raya sentiasa penuh dengan kenderaan dan orang yang
mundar mandir. Alamak.. memang best dan happening. Kebanyakan attraction point
yang ada disini hanya walking distance.
Harga yang
ditawarkan adalah serendah SGD120 untuk satu malam dengan kemudahan seperti
Wifi percuma disediakan kepada pelanggan.
Bagi anda
yang tidak mempunyai masa untuk membuat booking, kami sedia membantu anda untuk
melakukannya. Anda boleh hubungi kami dengan menyatak butiran terperinci
mengenai tarikh, jumlah malam untuk menginap, jumlah pax dan sebagainya kepada
kami. >>>
No comments:
Post a Comment