Kami memang sentiasa mengadakan promosi secara berkala terutama
sekali pada cuti sekolah. Sekurang kurangnya anda family anda boleh merancang
perjalanan percutian anda lebih awal. Kalau dah planning awal, so ada la masa
simpan duit untuk beli itu ini masa jalan jalan nanti.
Cuti sekolah Kedua adalah dari Sept 13, 2024 hingga Sept 21, 2024
Pakej 1 : Pakej Percutian Sehari Ke Singapore - Night Safari
Singapore
Bertolak daripada Johor Baharu kira kira jam 12 tengahari. Kalau
belum lunch, kami bawa anda menikmati hidangan Bangsa Johor di Selera Johor.
Antara menu yang ada di situ adalah seperti Murtabak, Nasi Ayam, Nasi Ambeng,
Kacang Pool, Mee Rebus Stulang, Laksa Johor dan macam macam lagi la.. Confirm
kenyang dan puas hati makan di sini.Lepas perut kenyang, terus je ke Singapore.
Actually Night Safari, Singapore Zoo dan River Safari ni satu tempat je. Kalau
dari Woodlands tu, lebih kurang 10 minit perjalanan Kalau jalan tak jamm,
dalam jam 2 petang dah boleh sampai di Singapore Zoo. Tapi kita tak terus ke
sana, sebab Night Safari bukak dalam jam 1915 malam. So kita jalan jalan dan
ambil gambar dulu di Merlion Park. Berlatarbelakangkan Marina Bay Sand,
Floating Arena, Felix Bridge, Explanade Singapore dan Eye Of Singapore. Lepas
tu, kita jalan ke Garden By The Bay dan Arab Street. Ok, bagi yang muslim,
boleh la solat di Masjid Sultan sambil jalan jalan di kawasan Arab Street.
Anara tempat yang anda boleh lawati adalah Malay Heritage disamping menikmati
keindahan bangunan silam dan membeli belah barangan cenderahati di sekitar Arab
Street. Dan... baru la kita menuju ke Night Safari. Saya tak nak cerita lebih
lebih tentang night safari nie. Nanti tak suspend. Kalau rajin, boleh cari
dalam entry posting saya pasal Night Safari. Yang lainnya, kita tunggu nanti.
Kalau anda larat, kami pickup anda semula pada jam 12 malam. Tapi biasanya
dalam jam 10 malam macam tu kami dah dapat call dari anda untuk pickup semula
dan balik ke JB.
Harga Seorang
Dewasa RM400
Kanak kanak RM350
Harga termasuk
Pengangkutan sepanjang lawatan, driver, autopass, ERP, toll
Tiket masuk ke Singapore Zoo (dengan tram), Tiket masuk ke Night
Safari
Harga tidak termasuk
Makan, tempat tinggal, perbelajaan peribadi
Minimum to go
6 orang**
Add On (Option)
Penginapan di homestay RM280 per homestay
(Max 10 pax dalam satu homestay, tanpa sarapan pagi, Sesuai untuk
keluarga 3 hingga 10 orang ..nak duduk berdua pun ok.. )
Penginapan di hotel RM130 per bilik
(Twin share, tanpa sarapan pagi, sesuai untuk 1 hingga 2 orang
satu bilik, kalau ramai ramai pun nak duduk hotel pun boleh.. tak ada
masalah..)
* Bagi yang memilih hari Jumaat untuk bercuti, Pondok Santapan
tidak di buka pada hari tersebut dan kami akan bawa anda ke tempat makan lain
yang bersesuaian..
** Harga yang tertera adalah sesuai untuk 6 orang, sekiranya
kumpulan anda kurang atau lebih dari 6 orang, anda boleh mendapatkan harga yang
lain dari kami, yang lebih sesuai dengan group anda..
No comments:
Post a Comment