Sunday, January 15, 2017

Pakej Percutian 3 Hari 2 Malam ke Singapore Menginap Di JB


Pakej Percutian 3 Hari 3 Malam ke Singapore - Stay Di JB
3 hari 2 malam atau kadang kala, pakej 4 ahri 3 malam adalah pakej paling sesuai bagi kaki jalan. Terutama sekali, bagi mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak. Kadang kita memang larat nak jalan lama lama, tapi biasanya anak anak akan penat bila lama sangat berjalan. Tilam dan bantal paling best adalah yang ada kat rumah tu.. kan :)

Disini saya sertakan contoh itinerary atau pakej yang selalu menjadi pilihan hati pelancong terutamanya yang sudah bekeluarga serta mempunyai anak, atau mereka yang bercuti sambil membawa mak ayah sekali.

Hari Pertama - Singapore Tour
Sekiranya anda menaiki kapal terbang, kami cadangkan anda ambil flight yang awal untuk ke JB. So, anda tak membuang masa sangat. Sampai airport je, kami terus pickup anda, hantar anda ke hotel atau homestay, letak beg dan luggage disana, dan kita terus ke Singapore. Bagi yang anaknya masih kecil kecil lagi, anda boleh bawa anak anda ke Jurong Bird Park / Science Center / Show City / River Safari / Sentosa Island / Zoo atau Night Safari. Kebiasaannya, kita akan menghabiskan masa kira kira 2 hingga 3 jam di setiap tempat tersebut. So, anda boleh pilih dua atau tiga tempat yang anda ingin lawati.
Kalau anak anak anda dah besar sikit, anda boleh bawa mereka ke Universal Studio Singapore, Garden By The Bay, China Town, Little India atau Merlion Park / Marina Bay Sand. Kalau ke USS tu biasanya kita akan habiskan masa seharian disana. Masuk jam 10pagi dan keluar semula jam 7pm. Sebelum kita bertolak balik ke JB
Hari kedua - Singapore Tour
Seawal jam 7 pagi kami akan menjemput anda di Homestay atau hotel penginapan anda dan terus ke dibawa ke Pondok Santapan / Selera Johor untuk menikmati sarapan pagi makanan tempatan seperti Laksa Johor, lempeng, soto, lontong, mee hoon, mee goreng, kuih muih dan pelbagai lagi hidangan yang pastinya membuka selera pagi anda. Setelah itu, kita akan terus ke Singapore melalui Tambak Johor atau 2nd Link (bergantung kepada kesesakan lalu lintas pagi itu). Setelah sampai di Singapore, kami akan bawa anda bersiar siar di Kota Singa - Arab Street, Mesjid Sultan, Malay Heritage, makan tengahari di Rest Zam Zam / Hjh Maimunah seterusnya membeli belah di Orchard Road / Bugis Street. Sebelum pulang ke JB, kami akan bawa anda mengambil gambar di Universal Studio Singapore / Garden By The Bay dan Merlion Park. Bertolak balik ke JB.

Hari ketiga - JB Tour 
Kami faham, anda tentu penat sebab banyak berjalan pada hari pertama. Bagi yang naik flight, kami suggest anda ambil flight petang atau malam untuk pulang. Sebabnya? Sebab banyak lagi tempat yang saya nak bawa anda. Hehehe. Ok, jadual hari kedua adalah; kami akan bawa anda bersiar siar bandar Johor Baharu - Dataran Sultan Iskandar, Puteri Harbour, Hello Kitty, Legoland, Danga Bay dan Gerbang Mahkota. Setelah itu kami akan bawa anda ke Kilang Bateri, Tampoi yang menyediakan pelbagai cenderahati dan ole ole dari Johor. 

Amacam? Berminat? Sekiranya anda ingin membuat tempahan atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai pakej ini, hubungi kami dengan segera. Whatsapp / SMS / Call pun boleh. >>>klik<<< 

Jurong Bird Park, Singapore

Orchard Road, Singapore

Universal Studio Singapore, Singapore

Bukit Chandu, Singapore

Felix Bridge, Singapore

Merlion Park, Singapore

Night Safari, Singapore

Johor Premium Outlet, JB

Forest City, JB

Legoland, JB

7 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Pakej ni harga berapa... Adakah termasuk hrga tiket2 utk ke tempat lawatan dan penginapan di jb

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Pm pakej 2 hari 1 malam singapura.. Termasuk tempat lawatan.. Tidak termasuk penginapan..call /whatsapp 0172489447

    ReplyDelete
  5. Pakej ni brapa ye...
    Ada pemandu pelancong tak

    ReplyDelete
  6. Nak tau pakej 2hari di singapore termasuk ke uss..tq ws0192585933

    ReplyDelete