Tips Percutian Ke Singapura : Bahagian 2
Seperti yang saya janjikan dalam entri yang lepas, kali ini saya akan kongsikan apa yang perlu kita ada kalau nak masuk Singapore. Beberapa orang pelanggan menghubungi saya dan bertanya, dia tak ada passport, tapi teringin nak ke Singapore pagi ini, sebab dia dah berada di Johor. Alang alang dah sampai Johor*, apa salahnya singgah ke Singapore sekali ye tak..
* Bagi orang Johor, perkataan JOHOR itu sendiri merujuk kepada Bandaraya Johor Baharu. Contohnya, aku nak ke Johor, walhal dia nak ke JB.
Berikut adalah beberapa peralatan perang yang perlu dibawa untuk merentas sepadan Singapore.. hehe..
1. Passport
Dalam bahasa Melayu, pun di panggil passport, bahasa Inggeris pun sama. Bahasa Jepun, ia dipanggil Paspoto.
Ok, bagi orang Malaysia terdapat dua jenis passport yang boleh digunakan untuk ke Singapore. Pertama adalah passport individu dan yang kedua adalah passport berkumpulan. Sebelum ini, terdapat passport individu terhad dan hanya boleh digunakan untuk masuk ke Singapore saja. Sekarang dah dilupuskan.
Passport antarabangsa individu yang sekarang nie, tidak terhad untuk kegunaan di Singapore je, kalau nak ke mana mana pun boleh. Middle east, asia tenggara, europe. Semua boleh. Harganya adalah RM200 untuk 5 tahun. Lepas 5 tahun kena buat yang baru. Ref no semua akan tukar (no passport). Tapi mereka akan letakan previous passport no didalam passport baru jugak. Just nak jadikan ref kalau ditanya oleh pihak imigresen.
Dah namanya pun passport individu, so pembawa dan pemunya adalah seorang saja untuk satu satu passport.
Macam membazir ekk* kalau just nak jalan jalan ke Singapore satu family (contoh 5 orang la), kalau buat untuk 5 orang dan kena keluar RM1000 just untuk passport. Ada alternatif lain ke? Memang la ada.. tu yang kerajaan perkenalkan passport berkumpulan / group passport.
* Ekk... adalah bahasa tambahan orang Johor. Kalau Singaporean, bila cakap sesama mereka menggunakan bahasa inggeris, mereka akan menggunakan perkatan Lah. Contohnya, like that lah... i know lah.. dan lain lain.
Cerita pasal group passport nie, dah namanya pun group, so ia digunakan oleh sekumpulan pelawat yang nak melawat ke Singapore dan beberapa negara yang membenarkan group passport nie. Selain Singapore, group passport Malaysia nie, boleh digunakan untuk memasuki Brunei, Indonesia, dan Philipina. Minimum adalah 5 orang untuk satu passport dan maximum adalah 20 orang. Dari segi kos, memang la nampak murah sangat compare individual passport. Bayangkan kalau kita ada 5 orang dalam satu group. Cost per pax adalah cuma RM40. (saving RM160 per pax). Kalau ada 20 orang, RM200 / 20, seorang cuma RM10 je.. (Save RM190 per pax)
Ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi semasa menggunakan group passport nie. Antaranya tour leader (biasanya gambar tour leader adalah di first page of the passport) mesti berada bersama group semasa memasuki dan keluar dari negara negara yang dibearkan tadi. Kalau tour leader tak ada, kirim salam je ya.. semua orang tak boleh masuk dan keluar. Actually sama je, kalau ahli kumpulan tak ada, pun sama. Tak boleh keluar atau masuk. Sebabnya mereka menggunakan satu je passport.
Group passport nie cuma boleh digunakan sekali je ya. Maksudnya pergi dan balik. Validity 60 hari tu bermaksud, dalam masa 60 hari, pemegang group passport perlu menggunakan group passport tersebut. Kalau tak guna dalam masa 60 hari, kira expired la.. hehe. So kalau dah buat tu, kena satu hati untuk pergi.
Kalau ikut pengalaman saya, buat group passport nie tak lama la. Kadang diaorang di imigresen boleh siapkan dalam masa satu hari je.. terutama dalam kes kes urgent. Kalau tak urgent, biasanya ambil masa 5 hari bekerja. Sabar ya.. hehe barang murah memang macam tu. Untuk individual passport, banyak center yang boleh siapkan dalam masa sehari je. Kalau di Johor nie, antaranya adalah UTC Galeria Kotaraya, Imigresen Setia Tropika, Imigresen Kukup dan Imigresen Tg Belungkur.
2. Autopass - Bagi yang nak bawak kereta sendiri
Pada saya autopass kad nie lebih kurang macam touch & go di Malaysia. Cuma fungsinya lebih banyak lagi. Setiap kenderaan yang masuk ke Singapore perlu mempunyai autopass. Satu autopass hanya untuk kenderaan sahaja. Menggunakan autopass kenderaan lain, adalah suatu kesalahan dan boleh didenda.
Bagi kenderaan yang pertama kali memasuki Singapore, mereka perlu mendaftar dan membuat autopass di kaunter LTA (Land and Transport Authority). Kaunternya adalah selepas pemeriksaan kastam dan imigresen Singapore. Yuran yang dikenakan adalah sebanyak SGD10 untuk kad baru dan gantian. Kalau kad rosak, boleh buat baru dan baki yang ada didalam kad yang rosak tu boleh transfer kedalam kad baru. Kalau kad hilang, just boleh buat baru je. Tak boleh nak transfer kredit.
Bagi setiap kad baru, nilai dalam kad tu adalah SGD4.
Antara lain, kegunaan autopass ni adalah untuk [1] membayar entry dan exit fee Singapore (caj masuk bagi kereta / MPV / Van adalah SGD2.7 dan exit caj adalah SGD3.8), [2] membayar tol (bagi kenderaan yang tak ada reading devise (macam devise smart tag), caj purata adalah SGD5 bagi sekali masuk. So kalau masuk Singapore minimum caj adalah lebih kurang SGD11.5. [3] membeli barang di mart, [4] membayar parking fee dan lain lain kegunaan.
Macam mana nak topup atau reload autopass nie. Selain kaunter yang disediakan khusus untuk reload di setiap exit check point (2 kaunter di Woodland dan 2 kaunter di Tuas), pengguna juga boleh reload di 7eleven Singapore. Setiap kali reload, biasanya mereka akan kenakan caj sebanyak SGD0.50. So kalau kita selalu masuk Singapore, load la lebih sikit tak apa. Jimat. Kalau 10X reload dan kena SGD5 = RM15 (SGD1 = RM3)
3. Calling Visa
Buat masa ini, calling visa tidak dikenakan kepada rakyat Malaysia yang ingin memasuki Singapore. Namun begitu beberapa negara seperti Pakistan, Afrika dan sebagainya diwajibkan memohon calling visa sebelum memasuki Singapore.
5. Singapore Dollar
Antara yang penting untuk dibawa adalah SGD. Sebabnya duit Malaysia tak laku untuk digunakan di SIngapore. So tukar awal awal duit SGD. Kalau nak tukar semasa di Singapore pun boleh, tak ada masalah. Cuma nanti ratenya memang lagi rendah la kalau compare reate di Malaysia.
6. Phone Sim Kad
Bagi yang kaki data, hidup tak bermakna tanpa data kan. Mana mana pun nak update fb, foursquare, insta dan berwassap dengan member yang tak dapat nak join sama ke Singapore, saya sarankan just amik je data plan yang current provider sediakan. Maksudnya kalau sekarang guna Digi, Maxis, Celcom dan sebagainya, just guna data plan yang mereka sediakan je. Kalau Maxis, biasanya dalam RM38 macam tu. Bergantung pada pakej. Bukan apa, just nak jimat je. Kalau beli satu no baru, harganya dalam SGD15. Ada yang bagi free 500mb dan ada jugak yang bagi 300mb untuk seminggu. So, kira sendiri la ya, mana yang untung. Kalau nak jimat saya suggest yang tadi tu le.. kalau nak ada koleksi no, beli le satu no sana, buat kenang kenangan. hehehe
7. White Card
White Card nie merupakan satu borang yang perlu diisi setiap kali pelancong masuk ke Singapore. Tak kira dari pintu masuk mana. Asalkan nak masuk Singapore. Setiap pintu masuk ke Singapore akan menyediakan form ni. Biasanya di imigresen Singapore. Kalau naik kereta tu, masa di Imigresen Singapore diaorang akan minta kita untuk kemukakan passport dan white card. Dan kalau tak ada white card masa tu, just bagitau officer yang bertugas yang kita tak ada white card. So diaorang akan beri masa tu.
Beza pulak kalau kita ambil travel agen. Biasanya mereka dah sediakan sekali white card tu. So sebelum melalui imigresen Singapore, semua dah siap isi form tu, so tak perlu la tunggu lama sangat.
Bayangkan kalau dalam kenderaan kita ada 10 orang, time tu baru nak isi white card, pergh... berpeluh jugak la nak menunggu. Nak dijadikan cerita, pen pulak ada satu je.. hahaha
Ok, tu je rasanya yang perlu ada (basic) sebelum masuk ke Singapore. Next entry nanti saya akan kongsikan dengan anda apa yang ada diarea Woodland. Untuk anak anak? untuk family? untuk atuk nenek?
White Card nie merupakan satu borang yang perlu diisi setiap kali pelancong masuk ke Singapore. Tak kira dari pintu masuk mana. Asalkan nak masuk Singapore. Setiap pintu masuk ke Singapore akan menyediakan form ni. Biasanya di imigresen Singapore. Kalau naik kereta tu, masa di Imigresen Singapore diaorang akan minta kita untuk kemukakan passport dan white card. Dan kalau tak ada white card masa tu, just bagitau officer yang bertugas yang kita tak ada white card. So diaorang akan beri masa tu.
Beza pulak kalau kita ambil travel agen. Biasanya mereka dah sediakan sekali white card tu. So sebelum melalui imigresen Singapore, semua dah siap isi form tu, so tak perlu la tunggu lama sangat.
Bayangkan kalau dalam kenderaan kita ada 10 orang, time tu baru nak isi white card, pergh... berpeluh jugak la nak menunggu. Nak dijadikan cerita, pen pulak ada satu je.. hahaha
Ok, tu je rasanya yang perlu ada (basic) sebelum masuk ke Singapore. Next entry nanti saya akan kongsikan dengan anda apa yang ada diarea Woodland. Untuk anak anak? untuk family? untuk atuk nenek?